Rumah Amal Belaian Kasih ( RABEKA ) merupakan sebuah rumah amal bagi mengurus serta mengendali segala keperluan kebajikan anak - anak yatim, fakir, miskin, serta asnaf-asnaf zakat ( 8 golongan yang layak menerima zakat ). Rumah Amal Belaian Kasih ( RABEKA ) sedang menguruskan segala keperluan kebajikan anak - anak ini di segenap aspek kehidupan mereka mengikut keperluan yang sewajarnya sepertimana anak – anak yang lain seperti makan – minum, pakaian, keperluan harian, keperluan persekolahan termasuk wang poket mereka dsbnya.
Rumah Amal Belaian Kasih ini juga bukan sahaja memenuhi keperluan lahiriah anak - anak ini bahkan menitik beratkan soal keperluan insaniah mereka dalam erti kata lain menekankan soal pendidikan mereka sekaligus dapat membimbing, membentuk lahiriah & insaniah mereka ke arah perkembangan fitrah semula jadi dan potensi anak - anak ini secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang yang berteras dan berlandaskan kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.
Dengan kaedah ini, Insya Allah ianya akan dapat mengimbangi perkembangan anak – anak ini baik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ke arah bukan sahaja mengharapkan kasih sayang manusia semata –mata bahkan berusaha untuk mendapatkan kasih sayang Tuhan dengan mengetahui bukan sahaja ( di segi ilmunya ) bahkan kenal dan cinta kepada Allah, menjadikan Tuhan sebagai matlamat hidupnya, kenal dan kasih kepada Rasul-Nya serta dapat melahirkan seorang pelajar yang berilmu dan berakhlak mulia, kukuh dalam nilai-nilai Islam bagi menjadi muslim muttaqi serta mendapat keredhaan Allah S.W.T.