Rumah Amal Belaian Kasih ( RABEKA ) merupakan sebuah rumah amal bagi mengurus serta mengendali segala keperluan kebajikan anak - anak yatim, fakir, miskin, serta asnaf-asnaf zakat ( 8 golongan yang layak menerima zakat ). Rumah Amal Belaian Kasih ( RABEKA ) sedang menguruskan segala keperluan kebajikan anak - anak ini di segenap aspek kehidupan mereka mengikut keperluan yang sewajarnya sepertimana anak – anak yang lain seperti makan – minum, pakaian, keperluan harian, keperluan persekolahan termasuk wang poket mereka dsbnya.
Rumah Amal Belaian Kasih ini juga bukan sahaja memenuhi keperluan lahiriah anak - anak ini bahkan menitik beratkan soal keperluan insaniah mereka dalam erti kata lain menekankan soal pendidikan mereka sekaligus dapat membimbing, membentuk lahiriah & insaniah mereka ke arah perkembangan fitrah semula jadi dan potensi anak - anak ini secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang yang berteras dan berlandaskan kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.
Dengan kaedah ini, Insya Allah ianya akan dapat mengimbangi perkembangan anak – anak ini baik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ke arah bukan sahaja mengharapkan kasih sayang manusia semata –mata bahkan berusaha untuk mendapatkan kasih sayang Tuhan dengan mengetahui bukan sahaja ( di segi ilmunya ) bahkan kenal dan cinta kepada Allah, menjadikan Tuhan sebagai matlamat hidupnya, kenal dan kasih kepada Rasul-Nya serta dapat melahirkan seorang pelajar yang berilmu dan berakhlak mulia, kukuh dalam nilai-nilai Islam bagi menjadi muslim muttaqi serta mendapat keredhaan Allah S.W.T.
10 comments:
PENCARI CINTA
Dapatkan novel dalam bentuk pdf di laman web berikut:
http://www.rumahamal.org/novel.htm
MENCARI CINTA SEJATI....
Salam, how can i have Rumah Amal Belaian Kasih's contact number ?
Salam, i would like the contact number for RABEKA too.. TQ
Salam....saya tinggal berdekatan dengan Rumah Rabeka. dan dibelah rumah saya ada sebuah rumah untuk anak2 yang bermasaalah. Kawasan kejiranan kami tidak lah ada gaunguan setalah wujudnya rumah anak2 yang bermasaalah. Keadaan yang aman danaii serta sunyi sekarang sudah berabah. Denagna adanaya jerit pekik serta laungan radio yang menggangu kenteteraman jiran.seperti rumah tersebut tidak terkawal. Tambahan pula dengan pemandu van yang memebawa anak2 yatim tersebut yang memecut seolah2 berada diatas lebuh raya walaupn dalam kawasan taman perumahan. Alhamdulillah tidak apa yang berlaku lagi setakat ini.Saya takut sebranag kemalangan yang tidak diingini berlaku malahan nyawa anak kejiranan dikawasan saya juga turut terancam.Selain dari van ada sebuah kancil hijau dan motorsikal seolah2 merempit dikawasan persekitaran. jadi mintalah kerjasama pemantau rumah anak- anak ini memulihkan keadaan. Sudah 2 kali saya nyaris2 bertembung dengan kancil hijau milik rumah ini.
assalamualaikum..i would like the contact number for RABEKA too.. tq..
boleh minta contact number rumal RABEKA?
salam..
boleh bagi contact number RABEKA Ukay Perdana?..
salam, boleh saya tahu cara untuk menjadi sukarelawan?
Assalamualaikum...saya telah berkahwin dan masih tdk di kirniakan zuriat..adakah di sini saya boleh mengambil ank agkat..haziqah.mohdisa@gmail.com
Salam...
boleh saya tau berapa bilangan anak yatim yang ada di RABEKA ini..?
Post a Comment